Wednesday, 16 May 2012

This is a little knowledge about li'an. it maybe happen in our daily life. So, it may help you..

LI'AN

MAKSUD
*       Bahasa        : laknat
*       Istilah          :
-        sumpah suami yang disandarkan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tiduhan zina terhadap isteri atau menafikan nasab
-        sumpah isteri yang disertakan kemurkaan Allah untuk menolak tuduhan zina suaminya

SEBAB BERLAKU LI'AN
*       Suami menuduh isteri berzina tanpa membawa 4 orang saksi untuk membenarkan tuduhannya
-          Suami boleh disebat 80 kali sebatan jika gagal membawa saksi
-          Untuk mengelakkan perkara tersebut suami hendaklah bersumpah li'an untuk membenarkan tuduhannya
-          Isteri juga dikehendaki bersumpah li'an bagi menolak tuduhan suaminya jika tidak mengaku bersalah

PROSES BERLAKU LI'AN
*       Suami menuduh isteri berzina atau menafikan keturunan anaknya tanpa saksi yang cukup
*       Isteri menolak tuduhan suami dan menuntut dilaksanakan hukuman qazaf terhadap suaminya
*       Hakim memerintahkan dilaksanakan proses lian
v      Suami bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali dengan tuduhan zina / menafikan keturunan anaknya
§         Sumpah kali yang ke-5 supaya dirinya dilaknat Allah jika berdusta
v      Isteri bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali menafikan tuduhan suaminya
§         Sumpah kali yang ke-5 supaya dirinya dilaknat Allah jika berdusta

KESAN LI'AN TERHADAP SUAMI ISTERI
*       Suami isteri terpisah selepas sumpah li'an
*       Suami tidak lagi boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya itu selama-lamanya
*       Suami yang membuat tuduhan dilepaskan dari tuduhan qazaf
*       Isteri akan dikenakan had zina jika tidak menolak tuduhan dengan sumpah li'an
*       Anak yang dinafikan dalam sumpah lian, ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah
*       Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan nasabnya

HIKMAH DISYARIATKAN LI'AN
*       Suami dapat mencari jalan penyelesaian secara adil dan diredhai Allah
*       Isteri dapat menjaga maruahnya daripada tercemar dengan melakukan sumpah li'an dihadapan orang ramai
*       Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya daripada dicemari oleh isteri yang melakukan perbuatan zina


No comments:

Post a Comment